Wednesday, October 1, 2008

Singapura yang sejahtera ?

Ada orang berkata (tapi saya tidak menyelidiki) bahawa Singapura mempunyai atau memiliki barisan kabinet yang terbaik bahkan jauh lebih baik dan lebih service oriented jika dibandingkan dengan negara kita. Dikatakan juga bahawa kabinet Singapura adalah dilantik berdasarkan merit dan pengalaman mereka dalam jawatan masing2. Ini bermaknalah, sebagai contohnya jika ahli politik itu berkelulusan kejuruteraan maka portfolionya kerjaraya, jika hebat dlm ekonomi dan kewangan maka jadi menteri ekonomi dan begitulah seturutnya. Jika benarlah demikian gerangannya bererti Singapura telah mematuhi standard pengurusan sumber maknusia yang asanya ialah "put the right person at the right place" atau melantik seseorang yang tahu menjalankan tugasnya.

Umum juga mengetahui dan tidak boleh dinafikan bahawa Singapura adalah sebuah negara yang bersih, aman dan makmur sekurang2nya di Asia Tenggara dan juga politiknya amat stabil di mana undang2 dapat dilaksanakan dengan berkesan dan faktornya mungkin juga kerana ianya hanyalah merupakan sebuah pulau persis Langkawi dan secara ironinya mentadbir sebuah "Pulau" tidaklah serumit dan sepayah mentadbir sebuah "Negara" ?

Jika kita memilih sebuah negara yang hampir tidak ada rasuah maka Singapuralah jawabnya, ini mungkin disebabkan penjawat awam yang berstatus menteri adalah penerima upah yang merupakan salah satu yang tertinggi di dunia dan ini nampaknya berbaloi kerana ahli2 politik Singapura mempamerkan integriti yang tinggi, sangat kurang politiking dan dedikasi terhadap tanggungjawab mereka dan ini semua adalah satu kejayaan besar dan maha agung dari seorang arkitek politik dan pengasasnya Lee Kuan Yew. Tiada sesiapa boleh menafikan..

1 comment:

Moshe said...

Saya melihat Singapura sebagai sebuah negara yg berjaya walau pun ia hanyalah sebuah pulau lebih kurang bersaiz Langkawi. Antara beberapa faktornya ialah :

1) Lee Kuan Yew ialah seorang genius yg sama taraf pemikiran dengan Mahathir dan saya meramalkan jika Mahathir berada di tempat LKY maka Singapura juga akan sama menjadi maju.

2) Untuk mentadbir sebuah negara dgn berkesan mestilah ianya harus tanpa gangguan politik yg berlebihan dan ini dapat dihindari di Singapura. Undang2 anti fitnah sangat berkesan di republik ini sehingga menjadikan tokoh2 pembangkang muflis. Dan ini telah menjadikan pembangkang lemah dan tidak bermaya dan dgn demikian kerajaan boleh menumpukan sepenuh perhatian kpd agenda pembangunan memajukan Singapura.

3) Pemimpin politik diletakkan menjalankan tugas mengikut kelayakan atau "put the right person at the right place". Inilah asas pengurusan sumber manusia yg diamalkan ternyata memberi kejayaan kpd republik itu.

4) Lee Kuan Yew dapat menerapkan asas2 yg kukuh dlm integriti pentadbiran Singapura dan jika meneliti hampir tiada kes rasuah dan penyalahgunaankuasa dikalangan menteri dan pentadbir.

Inilah kejayaan Lee Kuan Yew.