Thursday, October 2, 2008

HINDRAF oh HINDRAF !!....lagi-lagi HINDRAF ?

Nampaknya HINDRAF telah mencipta satu rekod Guiness Malaysia dengan membuat demonstrasi (haram?) di hadapan PWTC ketika Perdana Menteri dan Timbalannya mengadakan majlis rumah terbuka pada hari raya. Nampak gayanya HINDRAF sudah mula naik "tocang" (maaf, saya sendiri pun tak pasti istilah apakah yg saya pakai ni ?) semenjak Mr Sami pun "sangat kuat ada sokong sekarang punya jam". Agaknya dia telah menjangkakan bahawa dalam kesibukan mengawal keadaan ketika itu pihak polis sudah tentu akan terlepas pandang dan mengagak tentulan kumpulan HINDRAF ini mahu turut sama memeriahkan suasana rumah terbuka tersebut dan agaknya inilah yang jadikan tunjuk perasaan itu berjaya.

Bukanlah bertujuan untuk mengulas dengan panjang lebar tetapi sekadar ingin memberi ingatan, orang HINDRAF jangan menjadi kurang ajar tanpa batas dan sempadan, tanpa menghormati hari yang dimuliakan oleh umat islam kerana ini mungkin akan menjadi detik permulaan kearah situasi ketegangan kaum yang lebih signifikan ?

Kenapakah orang hindu dan cina telah menjadi semakin berani sejak akhir2 ini lebih2 lagi dalam era Abdullah Badawi ? Adakah kerana adanya PKR atau lebih jelas lagi Pakatan Rakyat? Atau lebih afdal lagi dengan politik bermuka tiga Anwar Ibrahim ? Atau lebih terang lagi kerana Barisan Nasional yang lemah ? ATAU lebih-lebih lagi kerana UMNO yang sakit..TENAT ???

4 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

kurang ajar tak apa lagi sebab kita boleh ajar..nie dah ke peringkat tak boleh nak diajar...

Presiden PAS kata ia proses demokrasi?

azizIbrahim said...

abe mie,

demokrasi apa lagi kalu dah buat provokasi kepada orang melayu dan islam, haji hadi pas dah tak releven lagi samalah juga dgn Pas, dah jadi bacul dek DAP..dan saya sama sekali tak pernah iktiraf Haji Hadi dan Nik Aziz sebagai ulama Islam, ulama pas bolehlah..

UMNO PARTI PENJARA said...

Salam ziarah :-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

azlishukri said...

melayu harus bangkit..