Thursday, October 9, 2008

Najibkah atau Tengku Razaleigh ?



Secara logiknya atau di atas kertas semua orang pasti bersetuju jika saya mengatakan bahawa Najib akan berjaya di dalam pertandingan merebut Jawatan Presiden UMNO yang bakal dipertandingkan Mac nanti dan sekali gus menolak peluang Tengku Razaleigh yg juga bercita-cita atau mengidamkan jawatan tersebut. Saya juga tidak fikir yang paradigma perwakilan UMNO telah berganjak dari mewarisi mind set yang telah berusia 50 tahun itu untuk menukar corak pemikiran menentang arus "adat resam" yang telah diamalkan sejak sekian lama.



Adat resam yang diamalkan dari dahulu sampai sekarang ini ternyata tidak releven lagi sekurang2nya di dalam semua keadaan. Ada keadaan di mana adat resam ini perlu di langkah demi untuk kesinambungan menjadikan UMNO lebih mantap dan dapat diterima oleh khalayak dengan lebih berkesan. Pemimpin Melayu lembap berfikir (kecuali Dr Mahathir) dan selalu membiarkan masa terus terbuang sebelum mengambil satu2 keputusan dan bukanlah salah jika dikatakan tanda2 mereka tidak menghargai masa ialah dengan bersetuju supaya Abdullah menangguhkan pengunduran se hingga Mac 2009.

(Catitan pada 1 oktober 2008)

2 comments:

Moshe said...

Saudara,

Saya lihat pemimpin UMNO yg realistik ialah Muhyidin Yasin, Tengku Razaleigh, Mukhriz Mahathir dan Khir Toyol, kerana apa ? Kerana mereka berani menyatakan benar atau salah atas apa2 perlakuan Abdullah, yang lain seperti Nazri Aziz yang kalau tidak moron pun koro.

Jawapan Nazri Aziz di Parlimen baru2 ini tentang pemecatan hakim adalah contoh menzahirkan kedunguan seorang menteri UMNO dan itu jugalah melambangkan kerajaan Abdullah yg lemah sehingga menimbulkan banyak isu yg menyentuh hati orang melayu.

Faizal Zakaria's Blog said...

Tunggu dan lihat je lah :-)
Selamat Tahun Baru 2“00”9 :-)















Kite Pakat Undi BN Deh :-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Takkan Melayu Hilang Di Dunia
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com