Thursday, October 9, 2008

Najibkah atau Tengku Razaleigh ?



Secara logiknya atau di atas kertas semua orang pasti bersetuju jika saya mengatakan bahawa Najib akan berjaya di dalam pertandingan merebut Jawatan Presiden UMNO yang bakal dipertandingkan Mac nanti dan sekali gus menolak peluang Tengku Razaleigh yg juga bercita-cita atau mengidamkan jawatan tersebut. Saya juga tidak fikir yang paradigma perwakilan UMNO telah berganjak dari mewarisi mind set yang telah berusia 50 tahun itu untuk menukar corak pemikiran menentang arus "adat resam" yang telah diamalkan sejak sekian lama.



Adat resam yang diamalkan dari dahulu sampai sekarang ini ternyata tidak releven lagi sekurang2nya di dalam semua keadaan. Ada keadaan di mana adat resam ini perlu di langkah demi untuk kesinambungan menjadikan UMNO lebih mantap dan dapat diterima oleh khalayak dengan lebih berkesan. Pemimpin Melayu lembap berfikir (kecuali Dr Mahathir) dan selalu membiarkan masa terus terbuang sebelum mengambil satu2 keputusan dan bukanlah salah jika dikatakan tanda2 mereka tidak menghargai masa ialah dengan bersetuju supaya Abdullah menangguhkan pengunduran se hingga Mac 2009.

(Catitan pada 1 oktober 2008)

Thursday, October 2, 2008

HINDRAF oh HINDRAF !!....lagi-lagi HINDRAF ?

Nampaknya HINDRAF telah mencipta satu rekod Guiness Malaysia dengan membuat demonstrasi (haram?) di hadapan PWTC ketika Perdana Menteri dan Timbalannya mengadakan majlis rumah terbuka pada hari raya. Nampak gayanya HINDRAF sudah mula naik "tocang" (maaf, saya sendiri pun tak pasti istilah apakah yg saya pakai ni ?) semenjak Mr Sami pun "sangat kuat ada sokong sekarang punya jam". Agaknya dia telah menjangkakan bahawa dalam kesibukan mengawal keadaan ketika itu pihak polis sudah tentu akan terlepas pandang dan mengagak tentulan kumpulan HINDRAF ini mahu turut sama memeriahkan suasana rumah terbuka tersebut dan agaknya inilah yang jadikan tunjuk perasaan itu berjaya.

Bukanlah bertujuan untuk mengulas dengan panjang lebar tetapi sekadar ingin memberi ingatan, orang HINDRAF jangan menjadi kurang ajar tanpa batas dan sempadan, tanpa menghormati hari yang dimuliakan oleh umat islam kerana ini mungkin akan menjadi detik permulaan kearah situasi ketegangan kaum yang lebih signifikan ?

Kenapakah orang hindu dan cina telah menjadi semakin berani sejak akhir2 ini lebih2 lagi dalam era Abdullah Badawi ? Adakah kerana adanya PKR atau lebih jelas lagi Pakatan Rakyat? Atau lebih afdal lagi dengan politik bermuka tiga Anwar Ibrahim ? Atau lebih terang lagi kerana Barisan Nasional yang lemah ? ATAU lebih-lebih lagi kerana UMNO yang sakit..TENAT ???

Wednesday, October 1, 2008

Singapura yang sejahtera ?

Ada orang berkata (tapi saya tidak menyelidiki) bahawa Singapura mempunyai atau memiliki barisan kabinet yang terbaik bahkan jauh lebih baik dan lebih service oriented jika dibandingkan dengan negara kita. Dikatakan juga bahawa kabinet Singapura adalah dilantik berdasarkan merit dan pengalaman mereka dalam jawatan masing2. Ini bermaknalah, sebagai contohnya jika ahli politik itu berkelulusan kejuruteraan maka portfolionya kerjaraya, jika hebat dlm ekonomi dan kewangan maka jadi menteri ekonomi dan begitulah seturutnya. Jika benarlah demikian gerangannya bererti Singapura telah mematuhi standard pengurusan sumber maknusia yang asanya ialah "put the right person at the right place" atau melantik seseorang yang tahu menjalankan tugasnya.

Umum juga mengetahui dan tidak boleh dinafikan bahawa Singapura adalah sebuah negara yang bersih, aman dan makmur sekurang2nya di Asia Tenggara dan juga politiknya amat stabil di mana undang2 dapat dilaksanakan dengan berkesan dan faktornya mungkin juga kerana ianya hanyalah merupakan sebuah pulau persis Langkawi dan secara ironinya mentadbir sebuah "Pulau" tidaklah serumit dan sepayah mentadbir sebuah "Negara" ?

Jika kita memilih sebuah negara yang hampir tidak ada rasuah maka Singapuralah jawabnya, ini mungkin disebabkan penjawat awam yang berstatus menteri adalah penerima upah yang merupakan salah satu yang tertinggi di dunia dan ini nampaknya berbaloi kerana ahli2 politik Singapura mempamerkan integriti yang tinggi, sangat kurang politiking dan dedikasi terhadap tanggungjawab mereka dan ini semua adalah satu kejayaan besar dan maha agung dari seorang arkitek politik dan pengasasnya Lee Kuan Yew. Tiada sesiapa boleh menafikan..